Tuesday 27 October 2015

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN

Hari ni saya mau kongsikan tentang tanda-tanda awal kehamilan yang sering menjadi tanda tanya kepada wanita yang baru berkahwin ataupun yang baru pertama kali mengandung. Saya nak kongsikan ini kerana saya percaya anda juga seperti saya suatu masa dulu. Selain bertanya dengan teman atau saudara mara, saya juga berusaha mencari ilmu di alam maya..Biasalah sekarang kan semuanya di hujung jari :).

Ok jom kita lihat tanda – tanda awal kehamilan:)


Lewat Haid
Ini adalah petanda awal yang paling umum dan mudah diketahui. Sekiranya kitaran haid anda teratur, kelewatan sehingga 1 minggu atau lebih mungkin adalah tanda-tanda awal anda hamil. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan. Sekiranya tidak teratur, mungkin disebabkan oleh faktor tekanan/ stress  ataupun faktor pemakanan dan keletihan.

Cepat penat/ lelah/ Keletihan yang berlebihan.
Anda mulai merasa badan cepat penat daripada biasa. Pada masa yang sama,  anda akan cepat tertidur kesan daripada keletihan yang berlebihan itu tadi.  Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kerja organ-organ seperti buah pinggang, jantung dan paru-paru  yang bertambah untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

Perubahan pada payu dara
Payudara anda akan menjadi sangat sensitif daripada biasa. Ini adalah tanda fizikal yang sangat mudah kita ketahui. Keadaan payu dara sangat lembut dan menyebabkan payu dara sangat sakit apabila disentuh. Dalam masa yang sama, payu dara tegang seperti apabila kita hendak datang haid.  Ini terjadi kerana meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron.

Selain itu, puting payu dara membesar dan warnanya akan semakin gelap. Kadang-kadang anda akan terasa gatal. Pembuluh vena pada payudara juga akan terlihat akibat penegangan payudara.

Mual/loya/Muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenali oleh wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Mual biasanya terjadi selama enam minggu dari saat ab disahkan hamil. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua.

Mengidam
Mengidam sering kali dikaitkan dengan wanita yang sedang hamil. Apabila anda sudah mula menginginkan sesuatu makanan nyang sebelum ini mungkin tidak menjadi idaman anda, tiba-tiba anda ingin makan makanan tersebut. Mungkin itu tanda-tanda awal anda hamil. Ada yang suka makan makanan yang masam atau asam-asam dan kadang-kadang lebih daripada itu.

Rasa pening/ pengsan
Anda sering merasa pening .Ini boleh terjadi disebabkan anda lelah, loya, lapar ataupun tekanan darah kurang. Kadang kala ada yang hampir pitam ataupun pengsan kerana kekurangan gula dalam badan. Oleh itu anda harus menjaga pemakanan dan minum air yang banyak pada masa ini.

Tangan mengelupas
Anda akan merasa kulit anda kering ataupun tangan anda mengelupas. Tetapi tidak semua wanita yang mengalami perubahan ini. Ini bergantung kepada keadaan hormon individu. Ini mungkin disebabkan badan anda kekurangan air.

Moody
Kadang kala anda akan menjadi sangat sensitif.Perasaan marah mudah datang dan biasanya suami atau anak- anak yang akan terkena kesan moody ini. Anda akan perasan hal ini sekiranya anda bukan pemarah tetapi pada saat anda hamil anda jadi pemarah. Hal ini disebabkan oleh kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. 

Kerap buang air kecil
Anda kerap buang air kecil dalam jangka masa yang singkat. Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Ini akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

Sakit  belakang
Anda akan sering sakit belakang. Ini terjadi disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron di kalangan ibu mengandung. Biasanya ianya akan berlarutan sehingga tempoh bersalin.


Diharapkan sharing di atas dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda banyak lagi tanda-tanda awal kehamilan, nanti saya share lagi ok.



Sekiranya anda tercari-cari supplemen untuk ibu mengandung atau untuk ibu berpantang. Anda boleh hubungi saya untuk info lanjut. Tak lupa juga kepada anda yang tengah berusaha untuk mendapatkan zuriat. Tak salah kan kalau kita berusaha dan yang seterusnya kita serahkan kepada Tuhan. 


Jangan lupa hubungi saya

E c c a    G r a c e

Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280

FB page : Mummy Dee Vita Shop

Email : c_ecca@yahoo.com








Friday 2 October 2015

VITAMIN E SHAKLEE MURAH DARI BIASA

 Hi! Salam 1 Malaysia


Mesti ramai yang sudah tau kebaikan Vitamin E kan..Selain untuk kulit, ia juga bagus untuk pasangan suami isteri dan banyak manfaat lain. Nak tau lebih lanjut bole baca di sini.

So bulan ni Vitamin E Shaklee murah dari biasa . Nak tau murah tu berapa

Tara,....


Vitamin E Shaklee

Wow! Beli 2 dapat diskaun 50%....memang sangat berbaloi...Tapi promosi ini selagi stok masih ada tau..So cepat-cepatlah borong.

Info lanjut bole contact saya

E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com

Thursday 1 October 2015

PROMOSI SHAKLEE OCTOBER 2015


Hi semua!

Mesti ada yang nak tau kan...Promosi Shaklee Bulan October ni apa..

Ini dia!

Tara!!


 BELI 6 DAPAT 7

- GLA Complex
- Omega Guard




 BELI 2 DISKAUN 5% 

-GLA Complex
- Omega Guard



BELI 3 DAPAT 4
-Vita Lea for Children




Untuk info lanjut..bole contact saya k

E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com

Tuesday 22 September 2015

Message untuk NANA


Sorry! Ini ditujukan kpd Adik Nana..


Pls contact saya balik k...Whatsapp saya ada problem..so..semua data hilang..

Sorry! tak dapat contact Nana...taktau macamn nak hubungi Nana lg..Hope Nana ada baca msg ni..

TQ

Thursday 3 September 2015

Promosi Shaklee Bulan September 2015

Halo!!
Apa khabar semua...
Sorrylah lama sudah tidak bersiaran....berhabuk sudah blog saya ni..
Ada ada saja penghalang...penghalang pertama penyakit M...haha faham-faham ja la k..


Ok...mau bagitau untuk penggemar tegar ESP shaklee...Bulan ni Shaklee ada buat promosi untuk ESP dan Vitalea Children ...






so, sapa-sapa yang mau mencuba atau mau menambah stok ESP tu...apalagi contactlah saya k..


E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com

Wednesday 2 September 2015

3 BERKAT MEMBERI PERSEPULUHAN

Shallom!

Hari ni saya ingin kongsikan 3 berkat memberi Persepuluhan. Bagi teman-teman yang seiman dengan saya anda mungkin tahu apa itu persepuluhan. Persepuluhan adalah persepuluh daripada wang yang kita terima daripada hasil pendapatan kita. 

duit

 Di sini saya kongsikan entry yang memberkati saya.Diharap dapat memberi dorongan dan manfaat kepada kita semua. 


Dalam Firman Tuhan ada menyebut:-


Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan (Maleakhi 3:10)


1. KITA DIBERKATI SEBELUM KITA MEMBERI PERSEPULUHAN
- hanya orang yang mempunyai hasil atau pendapatan yang dapat memberi persepuluhan. Oleh itu, jika kita dapat memberi persepuluhan bererti kita sudahpun diberkati Tuhan!


2. KITA DIBERKATI SEMASA KITA MEMBERI PERSEPULUHAN 
- apabila kita memberi persepuluhan, Firman Tuhan katakan bahawa "ada persediaan makanan di rumahKu." Ini bererti bahawa pelayanan atau pekerjaan Tuhan dapat dilakukan, dan ini menjadi berkat bagi kita dan semua orang.


3. KITA DIBERKATI SELEPAS KITA MEMBERI PERSEPULUHAN
- sangat jelas dalam ayat ini bahawa orang yang memberi persepuluhan akan diberkati Tuhan. Tiada ayat lain dalam Alkitab yang menyuruh kita menguji Tuhan. Tuhan berkata bahawa jika kita mempersembahkan persepuluhan kita, Dia akan membuka tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkatNya kepada kita sampai kelimpahan!


Sharing is caring!
Tuhan memberkati!

E c c a    G r a c e



Credit sidombaputih.blogspot.com

Tuesday 1 September 2015

RESEPI ESP YANG MUDAH DAN SEDAP

Halo!!
Apa khabar Malaysia!

Saya adalah pengguna tegar ESP...Masa mula-mula amalkan ESP ni...memang saya suka cari resepi ESP di internet...So, hari ni saya mau kongsikan resepi ESP yang mudah dan sedap.. Mungkin dengan cara ni saya boleh membantu anda yang masih tercari-cari resepi seperti saya dahulu.

Bagi saya, saya lebih suka minum dengan milo dan air suam...Ada juga yang suka bancuh ESP saja tanpa add on  minuman lain. ESP ni anda boleh campurkan dengan air sejuk atau suam...Tapi jangan guna AIR PANAS ok...dikhuatiri kandungan nutrien yang ada hilang.

Ok..Jom! kita lihat resepi ESP yang mudah dan sedap ni k..


ESP CHOC MALT
- 2 sudu ESP Shaklee
2 sudu Coklat Malt/Milo
- 400ml air
- Secawan ais, blend ( Tak perlu blend pun boleh)


ESP CHOC YUMMY
- 2 sudu ESP Shaklee
- 400ml susu coklat rendah lemak
- Secawan ais, shake

ESP OREO BLEND
- 2 sudu ESP Shaklee
- 6 biji biskut oreo
- 400ml susu
- 2 scoops aiskrim vanila
- Secawan ais, blend ( Tak perlu blend pun boleh)

ESP HORLICKS KAW
- 2 sudu ESP Shaklee
- 2 sudu Horlicks
- 400ml air

ESP FIBER UP
- 2 sudu ESP Shaklee
- 400ml susu rendah lemak (sejuk)
- 2 sudu Oat 
- Secawan ais, blend (Jika perlu)


ESP YOGURT 
- 2 sudu ESP Shaklee
- 400ml minuman yogurt Nestle Bliss ( ikut pilihan anda)
- Secawan ais, blend (Jika perlu)

ESP KURMA UMPPH
- 2 sudu ESP Shaklee
- 2-4 biji kurma 
- 400ml susu rendah lemak
- Secawan ais, blend 

ESP PERFORMANCE DRINK
- 2 sudu ESP Shaklee
- 2 sudu Performance drink shaklee
- 400ml air

ESP BANANA MINION
- 2 sudu ESP Shaklee
- Sebiji pisang dipotong kecil
- 400ml air sejuk, shake


ESP ALMOND BLEND
- 2 sudu ESP Shaklee
- Badam panggang (terpulang citarasa anda)
- 400ml susu rendah lemak
- Secawan ais, blend

Hah!macamana..Ada idea sudah kan mau buat resepi ESP...MUDAH, CEPAT & SEDAP..
Cubalah buat..pasti anda puas hati..

So, bagi anda yang baru kenal ESP ni...cubalah resepi di atas. Anda yang belum kenal ESP..Jangan risau, anda boleh dapatkannya dari saya. Tambahan pula bulan ni ada promosi untuk ESP. Lihat di sini. Lebih Jimat dari biasa.


 Selamat mencuba!

E c c a    G r a c e
SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com