Monday 23 June 2014

TIPS UNTUK MENYIMPAN SUSU IBU


Setiap ibu pastinya menginginkan bayi tersayang diberikan susu ibu sepenuhnya. Bagi anda yang bakal menjadi ibu atau ibu yang bekerja selepas pantang mari kita lihat tips penyimpanan susu yang betul.. Saya pun masa ni mengandung 35wks...nak juga tau cara-cara menyimpan susu yang betul...coz anak sulung & kedua saya tak berkesempatan untuk buat semua ni atas sebab tertentu...so, Jom baca!


penyimpanan susu ibu

Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja.


tips simpan susu ibu

  1. Susu ibu segar seharusnya disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan.

  1. Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajiannya. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.

  1. Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 – 8 hari didinginkan.

  1. Membeku sus ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

  1. Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain. Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.

  1. Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.

Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan. 

Dapatkan set penyusuan shaklee untuk meriahkan susu ibu.. 

Credit to Pa & Ma

Luv,
ecca Grace
SID 1117897


Call/SMS/whatsapp : 010-9412280FB page : Mummy Dee Vita ShopEmail : c_ecca@yahoo.com


Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud , Kota Kinabalu, , Tenom, Keningau, Sabah dan seluruh Malaysia. Hubungi ecca sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee okey..

Monday 16 June 2014

CARA AJAR ANAK GUNA BOTOL SUSU



Pengalaman menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang sangat mengujakan dan saya juga sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu kepada anak-anak saya. Impian ingin memberikan susu ibu sepenuhnya adalah impian setiap insan yang bernama ibu. Tidak kira ibu yang bekerja atau suri rumah tangga sepenuhnya.






Bagi ibu yang bekerja, bulan kedua masa berpantang adalah masa yang sesuai untuk mengajar bayi anda menggunakan botol susu. Ini untuk mengelakkan masalah penerimaan botol susu di masa kita bekerja kelak. 






Walaupun teori laktasi menegaskan penyusuan susu ibu menggunakan botol adalah tidak digalakkan dan melanggar etika penyusuan  namun ia boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam penyusuan terutama bagi ibu bekerjaya.

Teknik penyusuan menggunakan botol amat berbeza jika dibandingkan dengan teknik penyusuan ibu secara terus. Jika bayi mula diperkenalkan penggunaan botol dan puting sejak dari kecil, dikhuatiri dia akan mengalami masalah keliru puting dan masalah-masalah lain dalam penyusuan.

Walaupun ada alternatif lain selain menggunakan botol tetapi kaedah tersebut agak mencabar dan hakikatnya kebanyakan ibu masa kini bekerja dan perlu meninggalkan anak sama ada di rumah sendiri, pengasuh atau taska.

Maklumat berikut berguna agar dapat memastikan anda memberi botol dengan betul kepada bayi:
  1. Susu botol hanya diberi jika bayi menunjukkan tanda lapar dan tidak mengikut jadual.

  1. Bayi dipangku dalam posisi duduk dan bukannya berbaring. Posisi ini sesuai untuk memastikan pengambilan susu dari botol adalah pada kadar yang sesuai. Ia dinamakan paced bottle feeding. Menyusu ketika berbaring meningkatkan risiko gigi rosak dan jangkitan telinga.

  1. Mengubah posisi botol susu dari sebelah bahagian mulut ke bahagian lain. Ini dapat mengelakkan bayi hanya gemar sebelah payu dara sahaja ketika menyusu.

  1. Menyusu hanya 10 – 20 minit di setiap sesi. Ini bagi meniru langkah penyusuan susu ibu. Pengasuh bayi perlu menyediakan susu dalam kuantiti yang sesuai untuk dihabiskan dalam tempoh 10 – 20 minit.

  1. Biarkan bayi memasukkan sendiri puting ke dalam mulutnya berbanding pengasuh menolak puting ke dalam mulutnya. Usap bibir bayi dari atas ke bawah dengan puting untuk menggalakkan dia membuka luas mulutnya.

  1. Pengasuh sepatutnya kerap berhenti seketika sewaktu menyusukan bayi dengan meniru rentak penyusuan susu badan. Langkah ini sangat bagus untuk mengelak bayi keliru puting.

  1. Bayi tidak sepatutnya dibiarkan menghabiskan baki susu di dalam botol. Jika dia meleraikan botol dari mulutnya, itu bermakna dia sudah kenyang.


Semoga info ini dapat memberi maanfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.. Dan semoga impian kita untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada anak kita menjadi kenyataan...Amen


Credit to Pa & Ma

Luv,
Ecca Grace


Call/SMS/whatsapp : 010-9412280
FB page : Mummy Dee Vita Shop

Email : c_ecca@yahoo.com

 

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud , Kota Kinabalu, , Tenom, Keningau, Sabah dan seluruh Malaysia. Hubungi ecca sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee okey..

Friday 6 June 2014

Vitamin E Shaklee

Selamat petang semua..

Bulan ni adalah bulan Promosi untuk vitamin E...pasti ramai yang tak mau melepaskan
peluang untuk beli borong kan...coz vitamin e sangatlah digemari ramai...so sapa2 yang tengah mencari vitamin E..inilah masa yang sesuai untuk mencuba...boleh share dengan kawan-kawan atau saudara mara...



promosi vitamin e

Sebelum tu...meh sya sharing apa itu vitamin E shaklee...


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate & d alpha tocopheryl acetate. Vitamin E Shaklee juga lengkap dengan Selenium.

Kenapa perlu Selenium dalam vitamin E?

  •        Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium
  •        Pengambilan vitamin E yang dilengkapi dengan selenium adalah penting bagi mendapatkan kesan yang optimum
  •        Pengambilan vitamin E tanpa selenium boleh mengakibatkan ia bertindak sebagai toksik dalam tempoh jangka masa panjang kerana vitamin E tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.



sumber semulajadi
Sumber dari semulajadi



Bagaimana cara untuk membezakan vitamin E itu semulajadi ataupun tiruan?
  •        Vitamin E dari sumber semulajadi – Label botol vitamin ditulis ‘d’
  •        Vitamin E dari sumber tiruan/kimia - Label botol vitamin ditulis ‘i’


Vitamin E dari sumber semulajadi lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding dengan vitamin E yang tiruan. Ia juga tidak dapat diserap oleh tubuh dan akhirnya akan menjadi toksik dan menjadi penyebab kepada kewujudan abnormal sel dalam badan.


Kebaikan Vitamin E
  •        Menjadikan kulit awet muda
  •        Melambatkan penuaan
  •        Membaiki peredaran darah
  •        Memudarkan kesan-kesan parut di seluruh badan
  •        Meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan wanita
  •        Baik untuk kesihatan kulit dan rambut
  •        Mencegah penyakit jantung
  •        Juga dikenali sebagai vitamin cinta – baik utk hubungan suami isteri
  •       Menjaga kualiti sel kulit ibu yang mengalami banyak ketegangan dan perenggangan semasa hamil
  •        Pencegahan penyakit katarak
  •        Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu untuk mendapatkan tekstur kulit yang cantik
  •   Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam
  •   Bantu menghalang pembentukan pelbagai kanser
  •  Mengawal kelesuan 

So...sapa yang mo order ....boleh contact saya k...

 
Call/SMS/whatsapp : 010-9412280

FB page : Mummy Dee Vita Shop

Email : c_ecca@yahoo.yahoo.com

 

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud , Kota Kinabalu, , Tenom, Keningau, Sabah dan seluruh Malaysia. Hubungi ecca sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee okey..
vii