Tuesday 27 October 2015

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN

Hari ni saya mau kongsikan tentang tanda-tanda awal kehamilan yang sering menjadi tanda tanya kepada wanita yang baru berkahwin ataupun yang baru pertama kali mengandung. Saya nak kongsikan ini kerana saya percaya anda juga seperti saya suatu masa dulu. Selain bertanya dengan teman atau saudara mara, saya juga berusaha mencari ilmu di alam maya..Biasalah sekarang kan semuanya di hujung jari :).

Ok jom kita lihat tanda – tanda awal kehamilan:)


Lewat Haid
Ini adalah petanda awal yang paling umum dan mudah diketahui. Sekiranya kitaran haid anda teratur, kelewatan sehingga 1 minggu atau lebih mungkin adalah tanda-tanda awal anda hamil. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan. Sekiranya tidak teratur, mungkin disebabkan oleh faktor tekanan/ stress  ataupun faktor pemakanan dan keletihan.

Cepat penat/ lelah/ Keletihan yang berlebihan.
Anda mulai merasa badan cepat penat daripada biasa. Pada masa yang sama,  anda akan cepat tertidur kesan daripada keletihan yang berlebihan itu tadi.  Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kerja organ-organ seperti buah pinggang, jantung dan paru-paru  yang bertambah untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

Perubahan pada payu dara
Payudara anda akan menjadi sangat sensitif daripada biasa. Ini adalah tanda fizikal yang sangat mudah kita ketahui. Keadaan payu dara sangat lembut dan menyebabkan payu dara sangat sakit apabila disentuh. Dalam masa yang sama, payu dara tegang seperti apabila kita hendak datang haid.  Ini terjadi kerana meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron.

Selain itu, puting payu dara membesar dan warnanya akan semakin gelap. Kadang-kadang anda akan terasa gatal. Pembuluh vena pada payudara juga akan terlihat akibat penegangan payudara.

Mual/loya/Muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenali oleh wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Mual biasanya terjadi selama enam minggu dari saat ab disahkan hamil. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua.

Mengidam
Mengidam sering kali dikaitkan dengan wanita yang sedang hamil. Apabila anda sudah mula menginginkan sesuatu makanan nyang sebelum ini mungkin tidak menjadi idaman anda, tiba-tiba anda ingin makan makanan tersebut. Mungkin itu tanda-tanda awal anda hamil. Ada yang suka makan makanan yang masam atau asam-asam dan kadang-kadang lebih daripada itu.

Rasa pening/ pengsan
Anda sering merasa pening .Ini boleh terjadi disebabkan anda lelah, loya, lapar ataupun tekanan darah kurang. Kadang kala ada yang hampir pitam ataupun pengsan kerana kekurangan gula dalam badan. Oleh itu anda harus menjaga pemakanan dan minum air yang banyak pada masa ini.

Tangan mengelupas
Anda akan merasa kulit anda kering ataupun tangan anda mengelupas. Tetapi tidak semua wanita yang mengalami perubahan ini. Ini bergantung kepada keadaan hormon individu. Ini mungkin disebabkan badan anda kekurangan air.

Moody
Kadang kala anda akan menjadi sangat sensitif.Perasaan marah mudah datang dan biasanya suami atau anak- anak yang akan terkena kesan moody ini. Anda akan perasan hal ini sekiranya anda bukan pemarah tetapi pada saat anda hamil anda jadi pemarah. Hal ini disebabkan oleh kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. 

Kerap buang air kecil
Anda kerap buang air kecil dalam jangka masa yang singkat. Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Ini akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

Sakit  belakang
Anda akan sering sakit belakang. Ini terjadi disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron di kalangan ibu mengandung. Biasanya ianya akan berlarutan sehingga tempoh bersalin.


Diharapkan sharing di atas dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda banyak lagi tanda-tanda awal kehamilan, nanti saya share lagi ok.



Sekiranya anda tercari-cari supplemen untuk ibu mengandung atau untuk ibu berpantang. Anda boleh hubungi saya untuk info lanjut. Tak lupa juga kepada anda yang tengah berusaha untuk mendapatkan zuriat. Tak salah kan kalau kita berusaha dan yang seterusnya kita serahkan kepada Tuhan. 


Jangan lupa hubungi saya

E c c a    G r a c e

Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280

FB page : Mummy Dee Vita Shop

Email : c_ecca@yahoo.com








Friday 2 October 2015

VITAMIN E SHAKLEE MURAH DARI BIASA

 Hi! Salam 1 Malaysia


Mesti ramai yang sudah tau kebaikan Vitamin E kan..Selain untuk kulit, ia juga bagus untuk pasangan suami isteri dan banyak manfaat lain. Nak tau lebih lanjut bole baca di sini.

So bulan ni Vitamin E Shaklee murah dari biasa . Nak tau murah tu berapa

Tara,....


Vitamin E Shaklee

Wow! Beli 2 dapat diskaun 50%....memang sangat berbaloi...Tapi promosi ini selagi stok masih ada tau..So cepat-cepatlah borong.

Info lanjut bole contact saya

E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com

Thursday 1 October 2015

PROMOSI SHAKLEE OCTOBER 2015


Hi semua!

Mesti ada yang nak tau kan...Promosi Shaklee Bulan October ni apa..

Ini dia!

Tara!!


 BELI 6 DAPAT 7

- GLA Complex
- Omega Guard




 BELI 2 DISKAUN 5% 

-GLA Complex
- Omega Guard



BELI 3 DAPAT 4
-Vita Lea for Children




Untuk info lanjut..bole contact saya k

E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com

Tuesday 22 September 2015

Message untuk NANA


Sorry! Ini ditujukan kpd Adik Nana..


Pls contact saya balik k...Whatsapp saya ada problem..so..semua data hilang..

Sorry! tak dapat contact Nana...taktau macamn nak hubungi Nana lg..Hope Nana ada baca msg ni..

TQ

Thursday 3 September 2015

Promosi Shaklee Bulan September 2015

Halo!!
Apa khabar semua...
Sorrylah lama sudah tidak bersiaran....berhabuk sudah blog saya ni..
Ada ada saja penghalang...penghalang pertama penyakit M...haha faham-faham ja la k..


Ok...mau bagitau untuk penggemar tegar ESP shaklee...Bulan ni Shaklee ada buat promosi untuk ESP dan Vitalea Children ...






so, sapa-sapa yang mau mencuba atau mau menambah stok ESP tu...apalagi contactlah saya k..


E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com

Wednesday 2 September 2015

3 BERKAT MEMBERI PERSEPULUHAN

Shallom!

Hari ni saya ingin kongsikan 3 berkat memberi Persepuluhan. Bagi teman-teman yang seiman dengan saya anda mungkin tahu apa itu persepuluhan. Persepuluhan adalah persepuluh daripada wang yang kita terima daripada hasil pendapatan kita. 

duit

 Di sini saya kongsikan entry yang memberkati saya.Diharap dapat memberi dorongan dan manfaat kepada kita semua. 


Dalam Firman Tuhan ada menyebut:-


Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan (Maleakhi 3:10)


1. KITA DIBERKATI SEBELUM KITA MEMBERI PERSEPULUHAN
- hanya orang yang mempunyai hasil atau pendapatan yang dapat memberi persepuluhan. Oleh itu, jika kita dapat memberi persepuluhan bererti kita sudahpun diberkati Tuhan!


2. KITA DIBERKATI SEMASA KITA MEMBERI PERSEPULUHAN 
- apabila kita memberi persepuluhan, Firman Tuhan katakan bahawa "ada persediaan makanan di rumahKu." Ini bererti bahawa pelayanan atau pekerjaan Tuhan dapat dilakukan, dan ini menjadi berkat bagi kita dan semua orang.


3. KITA DIBERKATI SELEPAS KITA MEMBERI PERSEPULUHAN
- sangat jelas dalam ayat ini bahawa orang yang memberi persepuluhan akan diberkati Tuhan. Tiada ayat lain dalam Alkitab yang menyuruh kita menguji Tuhan. Tuhan berkata bahawa jika kita mempersembahkan persepuluhan kita, Dia akan membuka tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkatNya kepada kita sampai kelimpahan!


Sharing is caring!
Tuhan memberkati!

E c c a    G r a c e



Credit sidombaputih.blogspot.com

Tuesday 1 September 2015

RESEPI ESP YANG MUDAH DAN SEDAP

Halo!!
Apa khabar Malaysia!

Saya adalah pengguna tegar ESP...Masa mula-mula amalkan ESP ni...memang saya suka cari resepi ESP di internet...So, hari ni saya mau kongsikan resepi ESP yang mudah dan sedap.. Mungkin dengan cara ni saya boleh membantu anda yang masih tercari-cari resepi seperti saya dahulu.

Bagi saya, saya lebih suka minum dengan milo dan air suam...Ada juga yang suka bancuh ESP saja tanpa add on  minuman lain. ESP ni anda boleh campurkan dengan air sejuk atau suam...Tapi jangan guna AIR PANAS ok...dikhuatiri kandungan nutrien yang ada hilang.

Ok..Jom! kita lihat resepi ESP yang mudah dan sedap ni k..


ESP CHOC MALT
- 2 sudu ESP Shaklee
2 sudu Coklat Malt/Milo
- 400ml air
- Secawan ais, blend ( Tak perlu blend pun boleh)


ESP CHOC YUMMY
- 2 sudu ESP Shaklee
- 400ml susu coklat rendah lemak
- Secawan ais, shake

ESP OREO BLEND
- 2 sudu ESP Shaklee
- 6 biji biskut oreo
- 400ml susu
- 2 scoops aiskrim vanila
- Secawan ais, blend ( Tak perlu blend pun boleh)

ESP HORLICKS KAW
- 2 sudu ESP Shaklee
- 2 sudu Horlicks
- 400ml air

ESP FIBER UP
- 2 sudu ESP Shaklee
- 400ml susu rendah lemak (sejuk)
- 2 sudu Oat 
- Secawan ais, blend (Jika perlu)


ESP YOGURT 
- 2 sudu ESP Shaklee
- 400ml minuman yogurt Nestle Bliss ( ikut pilihan anda)
- Secawan ais, blend (Jika perlu)

ESP KURMA UMPPH
- 2 sudu ESP Shaklee
- 2-4 biji kurma 
- 400ml susu rendah lemak
- Secawan ais, blend 

ESP PERFORMANCE DRINK
- 2 sudu ESP Shaklee
- 2 sudu Performance drink shaklee
- 400ml air

ESP BANANA MINION
- 2 sudu ESP Shaklee
- Sebiji pisang dipotong kecil
- 400ml air sejuk, shake


ESP ALMOND BLEND
- 2 sudu ESP Shaklee
- Badam panggang (terpulang citarasa anda)
- 400ml susu rendah lemak
- Secawan ais, blend

Hah!macamana..Ada idea sudah kan mau buat resepi ESP...MUDAH, CEPAT & SEDAP..
Cubalah buat..pasti anda puas hati..

So, bagi anda yang baru kenal ESP ni...cubalah resepi di atas. Anda yang belum kenal ESP..Jangan risau, anda boleh dapatkannya dari saya. Tambahan pula bulan ni ada promosi untuk ESP. Lihat di sini. Lebih Jimat dari biasa.


 Selamat mencuba!

E c c a    G r a c e
SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com















Monday 13 July 2015

TIPS JARAK LARIAN UNTUK BAKAR KALORI YANG TIDAK DIINGINI

Hai semua...

lama tidak bersiaran..berhabuk sdh blog sya ni...tapi thank you coz ada juga yang menyinggah di blog saya ni...

Hari ni saya mo share tips jarak larian untuk bakar kalori yang tidak diingini..

Ada 16 contoh makanan yang kita gemari...kalau tengok ja pun sudah membuatkan kita  teringin mo makan...apalagi sudah depan mata kan...

Tapi kena tau juga...berapa jarak larian yang sepatutnya kita lakukan untuk bakar kalori yang masuk dalam badan kita...Jom zooming...




Contoh Kit kat...ummm antara coklat kegemaran saya, suami & anak2...so selepas makan sepotong coklat kit kat ni..sepatutnya sya kena jogging sejauh 3.54 km..(minta maaf ndak sempat lagi mau buat larian jauh macam tu..huhu



coklat


kek cawan









\








Diharapkan dengan info ini dapat membantu anda yang mungkin masa ni dalam proses diet atau boleh digunakan untuk info bersama


Credit to ZOOM RADIO 91.9 fm


Ecca Grace
010-9412280

Friday 1 May 2015

VITA LEA PERCUMA UNTUK BULAN MEI SAHAJA


Salam 1 Malaysia!!


Nak tau macamana mau dapatkan vita lea percuma?

Mari saya cerita..


Sempena meraikan sambutan ke 100 tahun kewujudan multivitamin Shaklee iaitu Vitalea Iron Formula. Pihak Shaklee berbesar hati untuk memberikan multivitamin PERTAMA di di dunia ni secara PERCUMA.





Caranya sangat mudah..Anda hanya perlu mendaftar dan membeli sebarang produk untuk memiliki Vitalea Iron Formula secara percuma.


Pendaftaran seumur hidup hanya RM 69.00
Vitalea PERCUMA RM 94.08
Beza RM 25.08

Untung kan!

So, inilah masa yang sangat sesuai untuk anda join keluarga besar Shaklee dan ingat 

PROMOSI INI HANYA UNTUK BULAN MEI 2015 SAHAJA


So apalagi!...hubungi saya untuk keterangan lanjut 


E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com


Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud, Kota Kinabalu, Tenom, Keningau, Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee. 


Monday 27 April 2015

VITA LEA KIDS MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK


The best Kids multivitamin is back!

Begitulah tag line vitalea for children pada awal tahun 2015 yang lalu. Kemunculan vitalea Children yang memang dinanti-nantikan oleh penggemar multivitamin ini. Bagi saya secara peribadi, memang tidak mengenali vita lea kids sebelum ni. Ini kerana sejak menjadi keluarga besar Shaklee, Multivitamin ini tidak ada dalam pasaran Shaklee Malaysia sejak 2 tahun yang lalu.


multivitamin kanak-kanak shaklee

Nak tahu, kenapa produk ni tiada dalam pasaran. Untuk anda yang dah tau, tak apa…sila teruskan membaca :)…untuk anda yang tak tau sebenarnya produk ini tidak berada dalam pasaran kerana Shaklee telah mempertingkatkan atau menambahkan kandungan nutrisi vitamin yang ada dalam Vitalea for kids ni. Nak tau lebih lanjut apa yang saya maksudkan..Jom! tengok jadual di bawah.




new improved formula vitalea kids


Kelebihan Vita Lea for Kids kepada kanak-kanak:-


  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
  • Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian  Vitamin C yang diperlukan
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
  • Vitamin ini untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas
  • Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang sudah pandai makan tablet boleh ambil dengan pengawasan orang dewasa.
  • Rasa yang sangat sedap. Kanak-kanak pasti gemarkannya.



Perbezaan Vitalea Children dengan produk-produk yang lain
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan
  • Mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti
  • Pembungkusan BPA free.


Kanak-kanak yang  mempunyai masalah seperti di bawah sangat sesuai mengambil Vita Lea Children sebagai multivitamin harian mereka.


  • Kurang selera makan
  • Suka makan junk food (jajan/makanan ringan)
  • Untuk tingkatkan sistem imun
  • Kurang makan makanan berkhasiat
  • Kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap hidangan)
  • Tidak suka makan sayur
  • Selalu jatuh sakit ( demam, batuk, selsema)
  • Sering cedera ( Vitalea ada vitamin K, bantu pembekuan darah dengan lebih cepat)
  • Kurang aktif





Sekiranya anda anda tidak boleh menelan tablet, anda juga boleh memberikan supplemen lain iaitu Mealshakes sebagai multivitamin mereka dalam bentuk bancuhan iaitu dengan mencampurkannya kedalam susu mereka.

Lengkapkan nutrisi anak anda. Elak anak anda daripada jatuh sakit dan kekurangan nutrisi akibat daripada pengabaian pemakanan mereka. Mereka juga berhak untuk sihat. 

Anda boleh mendapatkan Vitalea For children sekarang. Promosi Beli 3 Dapat 4 masih berjalan. Nikmati penjimatan berganda.. Inilah masanya untuk mencuba dan berilah  yang terbaik untuk anak anda. 


credit kepada mamafaiz.com


E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com


Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud, Kota Kinabalu, Tenom, Keningau, Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee. 









Sunday 12 April 2015

Semoga Nenek tenang di sana



Masih segar di ingatan...Bila musim cuti sekolah saya dan adik-adik mesti di hantar ke kampung...Ingat lagi masa tu...memang happy tahap maksima sebab dapat mandi sungai...

Sarap bah ni (sedap bah ni)

Kita kasi bayaa dulu ( kita kasi baja dulu)


Inilah antara kata-kata yang  di ucapkan oleh nenek kesayangan kami...Walaupun tidak fasih berbahasa melayu (nenek berbangsa murut),,,tapi nenek tetap mencuba walaupun bahasa yang dilontarkan tersasar sedikit...suka juga kitorang kenakan dia dulu...haha...Tapi itulah yang menjadi kenangan manis buat kami ...

7/4/2015 perginya insan yang bergelar nenek kepada kami....berita yang sangat mengejutkan...walaupun berat hati melepaskan tapi kami pasrah dengan ketentuan Tuhan... inilah lumrah kehidupan...kita hanya menumpang di bumi Tuhan ni...

Buat Nenek..semoga damai di sana...kami tahu nenek bahagia di sana sekarang...

Kami sayangggg nenek!!!




Saturday 4 April 2015

CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN @ DAGU BERLAPIS


Halo!!
Hari ni saya nak kongsikan cara hilangkan double chin ataupun lebih dikenali sebagai dagu berlapis.
Macam mana boleh tergerak mau cari info pasal ini...mau tau ka? hihi sebenarnya saya ternampak perubahan yang ketara pada dagu en.suami...haha dagu sudah berlapis.....

Biasanya setiap orang yang yang mengalami double chin @ dagu berlapis akan menganggap badan mereka sudah gemuk..So, mulalah stress...bila stress...lagi nak makan banyak...bila makan banyak..emm lagilah banyak lemak terkumpul kan....haha


double chin

Jangan risau bagi anda yang alami masalah double chin ni..
Jom! kita lihat cara atau teknik untuk hilangkan double chin ni...






Mudahkan!so amalkanlah selalu....

Semoga info ini dapat memberi manfaat dan masalah anda selesai.

Sekiranya anda mengalami masalah berat badan. Anda boleh mendapatkan rangkaian supplemen daripada Shaklee untuk menangani masalah anda. Info lanjut boleh hubungi saya.


E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com


Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud, Kota Kinabalu, Tenom, Keningau, Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee. 

Wednesday 1 April 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

Halo!!

Mesti ramai yang mau tau apa promosi bulan April 2015 kan..

Jom kita lihat!!

gla complex dtx complex



promosi april 2015 lecithin




Promosi Shaklee April 2015


BELI 3 DAPAT 4
Dtx Complex
Vita-Lea for children
Cinch Chocolate Shake Mix
Cinch Cafe Late Shake Mix



BELI 6 DAPAT 7
GLA Complex
Lecithin



BELI 2 DISKAUN 5 %
GLA Complex
Lecithin

Wow! awesome kan....bukan setakat 2 tapi 6 produk ada promosi bulan ni..TQ Shaklee...
So, kepada penggemar tegar produk-produk di atas...apalagi jom borong sekarang!...
Anda yang nak mencuba,,,,inilah masa yang terbaik untuk anda mencuba..

Nak tau lebih lanjut bole hubungi saya

E c c a    G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com


Tuesday 10 March 2015

10 TIPS BERGUNA MENDIDIK ANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN

Hari ni saya nak share tentang 10 tips berguna mendidik anak di bawah umur 3 tahun.  Saya merasakan tips yang diberikan oleh seorang blogger ni, Adlil Rajiah sangat sesuai untuk kita yang bergelar ibu dan bapa. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old. 
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

Tip didik anak, bermain di pantai untuk motor skil
Terapi juga ni bermain pasir di pantai. 

2. Don't expose to too much things in a box. 

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T



3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

Merangkak pun bagus rupanya
Pakat2 jadi tiger ya!



4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-

Tip Pertuturan: Pilih mainan yang boleh make up story dan realiti
Banyakkan toys yang boleh relate dengan realiti bukan hanya fantasi.. 

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.



6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.



7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Tip Pertuturan : Bercakap pada eye level anak. Pastikan anak faham dan lihat mata kita juga
Bercakap pada eye level anak.. 

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

Bermain bersama ikut minat anak
Pandainya, anak Adlil, Haikal ni pegang pen..Menurut Adlil practise make perfect. Show by example

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je. 
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

Credit kepada Adlil Rajiah.

Semoga dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada kita semua. 


E c c a  G r a c e
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud, Kota Kinabalu, Tenom, Keningau, Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee.