Monday 16 June 2014

CARA AJAR ANAK GUNA BOTOL SUSU



Pengalaman menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang sangat mengujakan dan saya juga sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu kepada anak-anak saya. Impian ingin memberikan susu ibu sepenuhnya adalah impian setiap insan yang bernama ibu. Tidak kira ibu yang bekerja atau suri rumah tangga sepenuhnya.






Bagi ibu yang bekerja, bulan kedua masa berpantang adalah masa yang sesuai untuk mengajar bayi anda menggunakan botol susu. Ini untuk mengelakkan masalah penerimaan botol susu di masa kita bekerja kelak. 






Walaupun teori laktasi menegaskan penyusuan susu ibu menggunakan botol adalah tidak digalakkan dan melanggar etika penyusuan  namun ia boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam penyusuan terutama bagi ibu bekerjaya.

Teknik penyusuan menggunakan botol amat berbeza jika dibandingkan dengan teknik penyusuan ibu secara terus. Jika bayi mula diperkenalkan penggunaan botol dan puting sejak dari kecil, dikhuatiri dia akan mengalami masalah keliru puting dan masalah-masalah lain dalam penyusuan.

Walaupun ada alternatif lain selain menggunakan botol tetapi kaedah tersebut agak mencabar dan hakikatnya kebanyakan ibu masa kini bekerja dan perlu meninggalkan anak sama ada di rumah sendiri, pengasuh atau taska.

Maklumat berikut berguna agar dapat memastikan anda memberi botol dengan betul kepada bayi:
  1. Susu botol hanya diberi jika bayi menunjukkan tanda lapar dan tidak mengikut jadual.

  1. Bayi dipangku dalam posisi duduk dan bukannya berbaring. Posisi ini sesuai untuk memastikan pengambilan susu dari botol adalah pada kadar yang sesuai. Ia dinamakan paced bottle feeding. Menyusu ketika berbaring meningkatkan risiko gigi rosak dan jangkitan telinga.

  1. Mengubah posisi botol susu dari sebelah bahagian mulut ke bahagian lain. Ini dapat mengelakkan bayi hanya gemar sebelah payu dara sahaja ketika menyusu.

  1. Menyusu hanya 10 – 20 minit di setiap sesi. Ini bagi meniru langkah penyusuan susu ibu. Pengasuh bayi perlu menyediakan susu dalam kuantiti yang sesuai untuk dihabiskan dalam tempoh 10 – 20 minit.

  1. Biarkan bayi memasukkan sendiri puting ke dalam mulutnya berbanding pengasuh menolak puting ke dalam mulutnya. Usap bibir bayi dari atas ke bawah dengan puting untuk menggalakkan dia membuka luas mulutnya.

  1. Pengasuh sepatutnya kerap berhenti seketika sewaktu menyusukan bayi dengan meniru rentak penyusuan susu badan. Langkah ini sangat bagus untuk mengelak bayi keliru puting.

  1. Bayi tidak sepatutnya dibiarkan menghabiskan baki susu di dalam botol. Jika dia meleraikan botol dari mulutnya, itu bermakna dia sudah kenyang.


Semoga info ini dapat memberi maanfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.. Dan semoga impian kita untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada anak kita menjadi kenyataan...Amen


Credit to Pa & Ma

Luv,
Ecca Grace


Call/SMS/whatsapp : 010-9412280
FB page : Mummy Dee Vita Shop

Email : c_ecca@yahoo.com

 

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud , Kota Kinabalu, , Tenom, Keningau, Sabah dan seluruh Malaysia. Hubungi ecca sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee okey..

No comments:

Post a Comment