Wednesday 2 September 2015

3 BERKAT MEMBERI PERSEPULUHAN

Shallom!

Hari ni saya ingin kongsikan 3 berkat memberi Persepuluhan. Bagi teman-teman yang seiman dengan saya anda mungkin tahu apa itu persepuluhan. Persepuluhan adalah persepuluh daripada wang yang kita terima daripada hasil pendapatan kita. 

duit

 Di sini saya kongsikan entry yang memberkati saya.Diharap dapat memberi dorongan dan manfaat kepada kita semua. 


Dalam Firman Tuhan ada menyebut:-


Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan (Maleakhi 3:10)


1. KITA DIBERKATI SEBELUM KITA MEMBERI PERSEPULUHAN
- hanya orang yang mempunyai hasil atau pendapatan yang dapat memberi persepuluhan. Oleh itu, jika kita dapat memberi persepuluhan bererti kita sudahpun diberkati Tuhan!


2. KITA DIBERKATI SEMASA KITA MEMBERI PERSEPULUHAN 
- apabila kita memberi persepuluhan, Firman Tuhan katakan bahawa "ada persediaan makanan di rumahKu." Ini bererti bahawa pelayanan atau pekerjaan Tuhan dapat dilakukan, dan ini menjadi berkat bagi kita dan semua orang.


3. KITA DIBERKATI SELEPAS KITA MEMBERI PERSEPULUHAN
- sangat jelas dalam ayat ini bahawa orang yang memberi persepuluhan akan diberkati Tuhan. Tiada ayat lain dalam Alkitab yang menyuruh kita menguji Tuhan. Tuhan berkata bahawa jika kita mempersembahkan persepuluhan kita, Dia akan membuka tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkatNya kepada kita sampai kelimpahan!


Sharing is caring!
Tuhan memberkati!

E c c a    G r a c e



Credit sidombaputih.blogspot.com

No comments:

Post a Comment