Tuesday 4 November 2014

APA ITU POWER PUMPING


Nampaknya kesedaran untuk memberi susu ibu kepada bayi di kalangan ibu masa kini sudah semakin baik.. Oleh itu ramai ibu- ibu yang tengah mengandung, ibu berkerjaya serta surirumah mempelajari teknik - teknik untuk memberi susu secara eksklusif kepada bayi mereka...saya juga sebagai ibu yang berkerjaya juga tidak ketinggalan untuk mempelajari teknik - teknik ini.So hari ni, saya juga ingin kongsikan ilmu yang saya dapat untuk manfaat kita semua..

Adakah anda perasan dalam satu masa tu bila pam...susu sikit / merudum...mesti rasa tak puas hati kan...bila nampak susu yang di pam sikit...so, salah satu teknik untuk meningkatkan kuantiti susu adalah teknik POWER PUMPING....ramai tak tahu apa itu power pumping termasuklah saya (sebelum ni la k)...mari kita lihat apa itu POWER PUMPING..

banyakkan susu


APA ITU POWER PUMPING?


Power pumping adalah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu. 



BAGAIMANA CARA POWER PUMPING?
  • Single pump - pam payu dara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam sebelah  kiri selama 10 minit, ulangi mengepam payu dara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang seli antara payu dara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.
  • Double pump - Pump kedua-dua belah payu dara secara serentak selama 10 minit kemudian rehat selama 10 ninit dan pam balik 10 minit rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


BILA MASA YANG SESUAI UNTUK BUAT POWER PUMPING

Boleh buat pada bila-bila masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon prolaktin iaitu hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan. 


SIAPA YANG PERLU BUAT POWER PUMPING
  • Ibu yang kekurangan susu - punca kurang susu spt period, hormon tidak stabil, emosi terganggu dan yang sewaktu dengannya.
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang pernghasilan susu.
  • Ibu yang relaktasi/ ingin menyusukan anak semula setelah lama berhenti menyusu.
BAGAIMANA MENYIMPAN HASIL PERAHAN?

Pastikan hasil perahan disimpan dalam suhu yang sama. Susu perahan dari 3 kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah. Setelah suhu sama barulah combinekan dalam satu botol dan simpan dalam deep freezer.

susu ibu


BERAPA LAMA BARU NAMPAK HASILNYA

Setiap orang tidak sama. Memang untuk permulaan memang kita cuma dapat sedikit sahaja...Tetapi bila dah berkali-kali buat mungkin dalam seminggu memang anda akan nampak perubahan yang ketara dari segi kuantiti susu. Jadi, ibu- ibu kenalah bersabar dan teruskan mengikut jadual mengepam anda dengan teratur. Ingat! semua itu untuk bayi anda dan sentiasa berfikiran positif. Jangan putus asa dan teruskan niat anda.


DAH BUAT POWER PUMPING, TAPI SUSU MASIH SEDIKIT

Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Mungkin ada yang tak kena dari segi cara :-
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari)
  • Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
  • Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.

Ibu-ibu yang sudah berusaha tapi masih belum mendapat kuantiti susu yang diinginkan atau yang sudah mendapat susu yang banyak tetapi mahu lebih lagi untuk buat stok, apa kata anda mencuba set penyusuan shaklee yang mendapat respon dari ibu-ibu yang telah pernah mencubanya. Tambahan lagi ia selamat dan semulajadi dan telah membantu ramai ibu-ibu seperti anda.


Set penyusuan terdiri daripada:-

  • Set B - Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa
  • Set E - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix
  • Set Eu-four plus - Vitalea, B complex, Vitamin C dan Ostematrix
  • Set 3M - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP 
#Set ini adalah mengikut bajet dan juga masalah anda.


Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee


Ecca Grace
Call/SMS/Whatsapp : 010-9412280
Email : c_ecca@yahoo.com


Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Belud , Kota Kinabalu, Tenom, Keningau, Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja mengenai Shaklee.

No comments:

Post a Comment